Welcome

Thursday, September 16, 2010

~~Salam Ukhwah Fillah~~

" salam sampaikan walau satu ayat kepada ummah"



Sekiranya jiwa anda resah, banyak masalah sila amalkan surah as-syarh surah al-kauthar

cara pengamalan, baca sebanyak as-syarh 7x setiap kali selepas solat dan al-kauthar bila waktu lapang.jadikan ia sebagai zikir hati . Insya allah akan berlaku perubahan pada diri kita apabila diamalkan


Menerusi zikir secara amnya dan wirid secara khasnya membuat mukmin tenang jiwa, sejuk hati dan sihat badannya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya:

“Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’du: 28)

Sebagai amalan khusus yang mempunyai tatacaranya sendiri, wirid mempunyai dasar hukumnya daripada al-Quran dan sunnah Nabi. Imam Tirmizi meriwayatkan bahawa seorang sahabat datang kepada Rasulullah SAW sambil mengeluh: “Wahai Rasulullah, alangkah banyaknya hukum hakam syarak yang seakan-akan membebaniku, berikanlah aku sesuatu agar aku tetap teguh melaksanakannya. Baginda menjawab: Basahilah lidahmu dengan selalu berzikir kepada Allah .”

Agar Allah mencukupkan kita dengan apa saja yang kita inginkan mengenai perkara dunia dan akhirat, maka kita cukup dengan membaca tujuh kali pada pagi dan petang potongan ayat 129 Surah al-Taubah yang bermaksud:

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” (Hadis riwayat Ibn Sunni dan Ibn ‘Asyakir secara marfu’)

Bukankah wirid ini menanamkan pada jiwa kita sifat tawakal dan berserah diri kepada Allah ?

Agar hati kita tidak mati pada siang dan malam, maka bacalah dua ayat terakhir Surah al-Isra’ setiap pagi dan petang seperti diriwayatkan dalam hadis al-Dailami. Bukankah wirid ini mengajar kita betapa penting menjaga hati agar tetap terang di bawah sinaran Allah ?

Alangkah indahnya tuntutan Rasulullah yang mengajar umatnya untuk wirid pada pagi dan petang dengan membaca asbahna (amsaina) wa asbaha (amsa) mulku lillahi walhamdulillah la syarika lah la ilaha illa huwa wa ilaihin-nusyur (Sesungguhnya kami terjaga pada pagi dengan kesedaran bahawa kerajaan ini seluruhnya milik Allah . Dan segala puji bagi Allah , tiada sekutu bagi-Nya, tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan. Bukankah wirid ini menanamkan pada hati kita bahawa kekuasaan mutlak di tangan Allah ?) - *Wirid ini ada di dalam koleksi “Ma’thurat”

Dalam hadis Abu Daud, al-Nasa’i, dan Ibnu Hibban diriwayatkan bahawa barang siapa membaca pada pagi dan petang maksudnya: “Ya Allah , nikmat apapun yang ku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah daripada-Mu yang tidak mempunyai sekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur”, maka sesungguhnya dia telah menunaikan syukur pada siang dan malam hari itu. Bukankah wirid ini mengajar kita agar tidak tamak haloba?

Untuk menjaga kesihatan kita, Rasulullah mengajar wirid untuk dibaca pada pagi dan petang tiga kali yang bunyinya Allahumma ‘afini fi badani, allahumma ‘afini fi sam’i, allahumma ‘afini fi bashari la ilaha illa anta. (Ya Allah sihatkanlah badan, pendengaran dan penglihatanku. Tiada Tuhan selain Engkau. (Hadis riwayat Abu Daud) Bukankah dengan wirid ini kita akan sentiasa mendapat kesihatan dari Allah ?

renung2kan wahai sahabat sekalian.. sama2 imarahkan surau..saling ingat memperingati..bukan sekadar kepada kebaikan..tetapi tanggungjawab untuk mencegak kemungkaran. memang pahit tetapi itulah kebenaran " harus berani"