Welcome

Saturday, January 23, 2010

MAKNA "LAA ILAAHA ILLALLAH"

MAKNA "LAA ILAAHA ILLALLAH"

Ertinya kita menafikan segala apa yang disembah selain Allah Subhanahu wa Ta'ala. Iaitu kita menetapkan bahwa ibadah itu hanya untuk Allah SWT semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya.

SYARAT "LAA ILAAHA ILLALLAH"

Syarat-syarat syahadat "Laa Ilaaha Illallah" yang dapat memberi manfaat bagi pengucapnya adalah :
1. Harus mempunyai ilmu yang menafikan kebodohan (tentang Allah SWT).
2. Keyakinan yang menafikan keraguan
3. Ikhlas (murni dalam beribadah kepada Allah SWT) yang menafikan syirik.
4. Kejujuran yang menafikan dusta.
5. Cinta yang menafikan kebencian.
6. Ketundukan yang menafikan pelanggaran (meninggalkan perintah).
7. Menerima tanpa ada penolakan.
8. Mengingkari semua apa yang disembah selain Allah SWT.

Oleh:
Wan Siti Firdaus (SM Usuluddin Dengan Kaunseling)

Thursday, January 14, 2010




Gambar kuliyah Ustaz Faizul dari Jabatan Syariah UDM di Musolla Habibah. Ustaz Faizul menggunakan Kitab Safinatun Naja' karangan Syeikh Salim dalam membahaskan masalah Fiqh Al-Ibadat.




Antara pelajar yang menghadiri kuliyah Ustaz Faizul. Khusyuk mendengar penerangan dari Ustaz Faizul.Dan pertanyaan saudara Ihsan mengenai lihyah dalam berwudhuk.

Sayangnya ALLAH Pada Wanita

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini. Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita.

terbitan -azwad (Pengajian Islam Usuluddin)

Monday, January 11, 2010

Menutup Aurat Dengan Sempurna Satu Kewajipan



Marilah sama-sama kita nasihatkan sahabat dan lebih-lebih lagi keluarga kita agar memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Pada masa kini ramai yang menganggap pemakaian hanya sekadar tudung sudah menutup aurat sedangkan baju yang dipakai adalah ketat dan menampakkan susuk tubuh. Adapun juga, orang yang tidak tahu langsung bahawa menutupi rambut bagi wanita adalah syariat dan sebelum ini menganggapnya sebagai adat. Ini adalah kejahilan masyarakat kita kini. Islam menjaga wanita itu dengan baiknya dan sempurna, wanita itu ibarat emas. Nilai emas adalah tinggi disebabkan susah dilihat dan dimiliki. Berbeza pula dengan barat, mereka menjadikan wanita itu pada tempat yang rendah. Senang dilihat,dimiliki dan dibuang. Oleh itu, sama-samalah kita memartabatkan wanita Islam pada mata dunia dengan melaksanakan syariat Islam.

Friday, January 1, 2010

Kesalahan-kesalahan Dalam Pemakaian

Pendahuluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, segala puji bagi Allah s.w.t. dan setinggi –tinggi kesyukuran kepada-Nya. Yang telah menjadikan bumi kediaman insan serta makhluknya, yang menurunkan hujan serta menumbuhkan pohon-pohonan dari tanah yang sama, dan yang menyuburkan hati-hati orang yang beriman untuk merasai kelazatan iman. Selawat dan salam keatas junjungan mulia kita serta ikutan hayat kita Rasulullah s.a.w. .
Untuk pengetahuan para pelayar laman blog ini, ini adalah merupakan blog pertama Musolla Habibah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Blog ini adalah hasil cetusan idea Mohd Fadullah jurusan perakaunan . Sayugianya, blog ini dinukilkan secara bersama dibawah pimpinan beliau. Matlamat blog ini dihasilkan agar menjadi medan untuk memudahkan dakwah islamiah disampaikan. Disamping untuk memuatkan informasi terbaru berkenaan musolla habibah dimuatkan juga tazkirah serta pandangan-pandangan tentang isu-isu semasa yang melandai warga Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
Jutaan terima kasih Ustaz Tarahim selaku Fellow Asrama Habibah dan juga kepada Majlis Tertinggi Musolla Habibah dalam membantu menjayakan blog ini. Dan juga siswa-siswi UDM yang terlibat secara tidak langsung.
Akhir Kalam, majulah Islam pemangkin modal insan siswa siswi.