Welcome

Friday, January 1, 2010

Pendahuluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, segala puji bagi Allah s.w.t. dan setinggi –tinggi kesyukuran kepada-Nya. Yang telah menjadikan bumi kediaman insan serta makhluknya, yang menurunkan hujan serta menumbuhkan pohon-pohonan dari tanah yang sama, dan yang menyuburkan hati-hati orang yang beriman untuk merasai kelazatan iman. Selawat dan salam keatas junjungan mulia kita serta ikutan hayat kita Rasulullah s.a.w. .
Untuk pengetahuan para pelayar laman blog ini, ini adalah merupakan blog pertama Musolla Habibah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Blog ini adalah hasil cetusan idea Mohd Fadullah jurusan perakaunan . Sayugianya, blog ini dinukilkan secara bersama dibawah pimpinan beliau. Matlamat blog ini dihasilkan agar menjadi medan untuk memudahkan dakwah islamiah disampaikan. Disamping untuk memuatkan informasi terbaru berkenaan musolla habibah dimuatkan juga tazkirah serta pandangan-pandangan tentang isu-isu semasa yang melandai warga Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
Jutaan terima kasih Ustaz Tarahim selaku Fellow Asrama Habibah dan juga kepada Majlis Tertinggi Musolla Habibah dalam membantu menjayakan blog ini. Dan juga siswa-siswi UDM yang terlibat secara tidak langsung.
Akhir Kalam, majulah Islam pemangkin modal insan siswa siswi.